Siapa Kami
Team Pesona Bridging Hope (P050) adalah inisiatif komuniti yang diketuai oleh wanita, fokus kepada pemberdayaan sosial melalui pendidikan, sokongan komuniti, dan bimbingan kerjaya.
Kami melancarkan Inclusive Employability Initiative - satu platform berasaskan komuniti untuk menyokong graduan OKU (Orang Kelainan Upaya) peringkat Diploma dan Ijazah dengan menyediakan akses kepada pekerjaan, latihan, dan peluang pembangunan kerjaya.
Kami beroperasi dengan model kos-sifar untuk peserta. Tiada caj untuk universiti, majikan, mahupun graduan.
Misi Kami
Mewujudkan platform terpusat dan visible untuk kebolehpasaran kerja graduan OKU dengan menghubungkan universiti, majikan, dan agensi kerajaan.
Visi Kami
Ekosistem pekerjaan inklusif di mana setiap graduan OKU mempunyai akses saksama kepada peluang kerjaya bermakna.
Nilai Kami
Inklusi, ketelusan, kerjasama, dan pemberdayaan. Kami percaya setiap individu berhak mendapat peluang setara.
Bagaimana Ia Berfungsi
Universiti Kongsi Data
Universiti berkongsi maklumat bukan-sensitif graduan OKU mereka
Kami Bina Direktori
Platform terpusat dicipta dengan link ke setiap universiti
Majikan Browse
Majikan layari direktori dan cari bakat yang sesuai
Hubungan Terus
Majikan hubungi universiti terus untuk engagement dengan calon
Peranan Kami
Adalah penting untuk fahami bahawa Team Pesona Bridging Hope hanya bertindak sebagai penghubung. Kami:
- ✓ Menyediakan visibility dan jangkauan sahaja
- ✓ TIDAK mengendalikan data sensitif pelajar
- ✓ Majikan berhubung dengan universiti secara terus
- ✓ Semua pengesahan, insentif dan compliance diuruskan oleh agensi berkaitan
- ✓ Fokus utama: mencipta kesedaran dan menghubungkan pihak berkepentingan
Pihak Berkepentingan Kami
🎓 Universiti
- Hasil penempatan yang lebih baik
- Perkongsian industri yang kukuh
- Tiada kos kewangan
- Sokongan matlamat ESG
💼 Majikan
- Akses kepada bakat OKU
- Insentif pengambilan
- Potongan cukai
- Kelebihan CSR & ESG
🌟 Graduan OKU
- Peluang pekerjaan lebih luas
- Akses kepada latihan
- Sokongan pembangunan kerjaya
- Perkhidmatan percuma
🏛️ Agensi Kerajaan
- JKM - Sokongan OKU
- SOCSO - Insentif & Placement
- HRD Corp - Latihan OTEP
- Pencapaian matlamat nasional